KELAYAKAN MENJADI ANGGOTA KOPERASI

1) Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada semua pekerja perkhidmatan
    pengangkutan dan individu yang bekerja di kawasan operasi Koperasi.

2) Seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah-
   (a) warganegara Malaysia;
   (b) telah mencapai umur lapan belas tahun;
   (c) bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam 
        kawasan operasi Koperasi ini; dan
   (d) bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan
        bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau
        bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada
        keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.


FI MASUK DAN SYER

1) Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fi
    masuk sebanyak RM50.00 (Ringgit: lima puluh). Fi masuk itu menurut
    seksyen 50(a) Akta Koperasi 1993 akan dikembalikan kepada pemohon
    jika permohonannya ditolak oleh Lembaga.

2) Syer minima bagi setiap anggota hendaklah sekurang-kurangnya RM250.00
    dan boleh ditambah mengikut kemampuan secara sukarela . Had maksimum
    syer yang boleh dimiliki seorang anggota ialah 1/5 dari keseluruhan modal
    syer yang terkumpul.





BORANG PERLANTIKAN PENAMA /WASI

1. Setiap Anggota perlulah mengisi borang ini dengan lengkap dan mengemukakan
kepada pihak Koperasi.

2. Penama yang terdahulu dengan sendirinya terbatal apabila Borang Pelantikan
Penama/Wasi yang baru diterima oleh pihak koperasi.

3. Keterangan mengenai pelantikan :-
a. PENAMA BAGI ANGGOTA MUSLIM
Tiap-tiap anggota Muslim hendaklah menamakan seorang wakil di sisi
undang-undang untuk menerima setelah dia mati,
wang yang terhak baginya di dalam Koperasi ini bagi diagihkan kepada waris yang
berhak mengikut hukum Islam.
b. PENAMA BAGI ANGGOTA BUKAN MUSLIM
Tiap-tiap anggota yang bukan Muslim hendaklah menamakan seorang atau lebih
daripada seorang sebagai penama.
BORANG KEAHLIAN
BORANG PENAMA/ WASI