1.        PERKHIDMATAN TEKSI BERKUPON

1.1. Aktiviti pertama diwujudkan Koperasi pada 12 September 2005 di Putrajaya
       Sentral,
1.2. Lesen dikeluarkan oleh LPKP,
1.3. Menyediakan tiket (kupon) untuk dibeli penumpang sebelum menaiki teksi,
1.4. Aktiviti yang memberikan faedah kepada penumpang, pemandu, LPKP dan juga
       Koperasi,
1.5. Pendapatan Koperasi ialah 10% daripada jualan kupon,
1.6. 3 kaunter kupon kendalian Koperasi iaitu di Putrajaya Sentral, Jabatan Imigresen
       Putrajaya dan Stesen KTM Serdang, dan
1.7. Bagi tahun 2008, jualan kupon teksi  ialah sebanyak RM2,225,468.30 yang
       memberi pulangan sebanyak RM222,546.83 kepada Koperasi.




2.        PERKHIDMATAN RADIO TEKSI

1. Mula beroperasi sejak tahun 2005 dan mula menggunakan sistem komunikasi radio
    sejak Jun 2007,
2. Sehingga ini, terdapat 100 orang peserta dari kalangan anggota Koperasi,
3. Koperasi mengenakan caj perkhidmatan dan sewa sebanyak RM5.00 sehari kepada
    setiap peserta,
4. Aktiviti ini telah berjaya mewujudkan pendapatan alternatif kepada peserta selain
    dari hanya menunggu di queue teksi Putrajaya Sentral,
5. Sambutan pengguna terhadap perkhidmatan ini sentiasa meningkat selari dengan
    perkembangan di daerah Putrajaya dan Cyberjaya,
6. Setakat ini, perkhidmatan PCRT kendalian Koperasi ini merupakan pengasas dan
    peneraju perkhidmatan radio teksi di Putrajaya dan Cyberjaya, dan
7. Aktiviti ini telah menerima geran bantuan sebanyak RM57,000.00 dari SKM pada
    tahun 2008 untuk membeli set radio tambahan.